Friday, 24 June 2011

E-Novel Cerita Cinta Kita Bab 2

Bab 2

            “Arraz, cepatlah! Bersiap mengalahkan anak dara. Adik kamu si Lisa ni pun dah siap tau tak!” Datin Intan tidak habis-habis membebel menegur sikap Hasif Harraz. Mana tidaknya. Perangai anak bujangnya itu semakin menjadi-jadi.
            “Ala abang tu.. Sengaja aje bersiap lambat. Dia malas nak ikut kita pergi rumah Kak Mayra. Abang Arraz tu kan sebenarnya mama, dia tak nak kahwin dengan Kak Mayra tu pun.” Sengaja Lisa membakar perasaan mamanya yang tengah geram dengan kerenah anak tunggal lelakinya itu.
            “Abang kamu tak mahu kahwin dengan pilihan papa? Okey! Kalau dia tak mahu kahwin dengan Humayra tu, suruh dia lupakan aje pasal separuh harta papa yang sepatutnya jadi milik dia tu. Itu pun, kalau dia tak nak kahwin dengan Humayralah.”
Datuk Hakimi menguatkan suara. Sengaja mahu Hasif Harraz mendengarnya. Biar anak bujangnya itu tahu yang dia tidak bermain-main dengan keputusannya. Walau apa pun yang terjadi Hasif Harraz harus berkahwin dengan Humayra!
“Yelah-yelah. Arraz dah siaplah ni. Semua orang nak ugut Arraz ye. Penting sangat ke Arraz ikut sekali ni? Bukannya Arraz tak pernah jumpa pun si Humayra tu pun,” rungut Hasif Harraz.
Hasif Harraz muncul dengan siap berpakaian. Simple sahaja. T-shirt berkolar jenama Polo berwarna putih dan jeans berwarna biru gelap. Lemah sahaja langkahnya berjalan. Langsung tidak bersemangat untuk pergi ke rumah Humayra.
“Mestilah penting. Arraz dah pernah ke tengok Humayra tu macam mana sekarang? Kali terakhir Arraz jumpa dia masa pun sepuluh tahun dulu kan. Mestilah dia dah lain. Rugi kalau Arraz tak ikut. Nanti terkejut pulak Arraz tengok dia masa hari pernikahan,” ujar Datin Intan mengingatkan.
Mestilah Arraz terkejut. Sebab dia makin gemukkan. Manalah aku nak sorok muka aku masa tu! Ee.. tak sanggup aku nak lalui detik-detik yang penuh debaran tu! desis hati Hasif Harraz.
“Arraz, cubalah muka tu dimaniskan sikit. Nak pergi jumpa bakal mertua pun, muka macam tak ada perasaan aje. Dah macam muka ayam berak kapur! Apa kata mereka nanti? Arraz jangan cuba nak malukan mama dengan papa.” Datuk Hakimi menegur sikap anaknya itu. Sekali gus, memberi amaran.
Macam mana aku nak senyum kalau aku buat semua ni kerana terpaksa. Arghh! Aku tak nak kahwin! Lagi-lagi dengan Humayra!! Hasif Harraz berperang dengan perasaannya.
“Dahlah. Jom kita bertolak. Nanti lambat sampai pulak.”
Datin Intan menarik tangan Hasif Harraz yang kelihatan malas sahaja hendak berjalan itu. Ee.. budak ni. Dah besar panjang pun nak kena tarik dulu baru berjalan!

Setelah hampir dua jam perjalanan, mereka sampai ke tempat yang di tuju. Kereta BMW 352i yang berwarna hitam itu memasuki sebuah halaman rumah yang luas. Sebuah banglo setingkat kelihatan cantik dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau. Angin berhembus perlahan membuatkan suasana menjadi damai dan tenang. Sepasang suami isteri keluar menyambut kedatangan mereka.
“Alhamdulillah. Sampai jugak ke rumah kami.” En. Iskandar menyambut tetamunya dengan senyuman. Isteri disebelahnya, Pn. Mardhiah juga turut tersenyum.
            Datuk Hakimi bersalaman dengan sahabat lamanya itu. Mereka bertemu dua bulan lalu di Hospital Kuala Lumpur. Semenjak itu, mereka kembali rapat dan bersetuju untuk menjodohkan anak masing-masing demi mengeratkan kembali hubungan persahabatan yang sudah lama terputus.
            En. Iskandar dan Pn. Mardhiah menjemput para tetamunya itu masuk ke dalam rumahnya. Hasif Harraz melangkah masuk ke rumah itu dengan hati yang tidak rela. Sengaja dia melangkah dengan perlahan.
Hasif Harraz kagum dengan susur atur rumah itu. Kemas dan cantik sekali. Ruang tamunya terbahagi kepada dua. Setiap ruang tamu itu lengkap dengan televisyen LCD, sofa dan meja kopi serta perabot-perabot lain. Memang serba lengkap dan menarik.
            “Abang! Dah tak sabar ke nak jumpa Kak Mayra? Cuba abang tengok gambar dia ni. Comelkan Kak Mayra masa ni!” Lisa ketawa kerana berjaya menyakat abangnya. Sengaja ditunjukkan gambar yang terletak di meja tepi itu kepada Hasif Harraz. Gambar Humayra yang montel ketika kecil.
            Tak guna punya adik. Aduh..! Kalaulah aku boleh menghilangkan diri, aku dah cabut sekarang ni. Tak nak aku jumpa si gemuk gedempol itu. Tak sanggup aku. Mama, tolong!!
            “Is, inilah anak bujang saya. Hasif Harraz..”
            Datuk Hakimi memperkenalkan anak bujangnya dengan sahabat lamanya itu. Hasif Harraz hanya tersenyum paksa. Memang ketara senyuman palsunya itu.
            “Siapa yang tak kenal dengan Hasif Harraz kan? Pemain bola terkenal. Mayra tu pun suka tengok bola. Lagi-lagi kalau pasukan Selangor yang main..”
            En. Iskandar tetap tersenyum walaupun dia nampak dengan jelas senyuman terpaksa anak muda itu. Sedaya upaya dibuang perasaannya yang sedikit tersentuh dengan sikap anak sahabat lamanya itu.
            Budak gemuk tu dari dulu memang suka tengok bola. Tapi sekarang ni larat lagi ke dia nak berlari kejar bola. Dulu pun terkedek-kedek nak kejar bola. Inikan pulak sekarang. Mengikut firasat aku lah kan, mesti dia makin gemuk! Macam tong dram! Haha.. getus hati Hasif Harraz. Tidak sedar yang diketawakan itu adalah bakal isterinya itu sendiri.

Hasif Harraz sebenarnya malas mahu mengikuti perbualan yang melibatkan dua buah keluarga itu. Oleh itu, dengan sengaja dia beralasan untuk pergi ke tandas. Bukannya sembang pasal apa pun. Lain kali, boraklah pasal bola ke, pasal bisnes ke. Ini, pasal sawah padi! Tak ada standard betullah  bakal mertua aku ni!
            Hmm.. kaya jugak family Humayra ni. Tapi, bila aku dapat harta papa nanti, aku mesti lagi kaya. Kalau bukan sebab harta papa, jangan harap aku nak ikut cakap papa yang nak kahwinkan aku dengan perempuan gemuk macam Humayra tu. Yang paling penting misi untuk aku balas dendam terhadap kau tercapai! Tunggulah Humayra!!
Selepas sahaja keluar dari bilik air, Hasif Harraz terlanggar dengan seseorang.
“Buta ke?!” jerkah Hasif Harraz tanpa memandang wajah yang melanggarnya itu. Dia membetulkan pakaiannya yang seolah-olah kotor apabila bertembung dengan perempuan itu. Kemudian, barulah dia mengangkat wajahnya. Terpaku dia sejenak melihat wajah itu. Wajah yang cukup cantik atau lebih sesuai dikatakan comel. Mata bundar perempuan itu dipandang. Tergamam dia seketika.
            Hek ele mamat ni! Nak marah-marah pulak. Dia yang buta, cakap aku pulak. Tak rasa bersalah langsung! Sekali aku karate karang! Cewahh! Berlagak pulak aku ni. Hah tu, apasal pandang aku tak berkelip pulak ni? Kena sawan dah ke? Ee.. malaslah aku nak layan mamat sewel ni.
            “Err..” tanpa sempat berkata apa-apa, perempuan comel itu terus berlalu meninggalkan Hasif Harraz.
            Mak oii! Siapa perempuan comel ni? Takkan adik Humayra kot? Dulu dia kan anak tunggal? Takkan mak dia pregnant lagi? Bukan masa tu mak dia dah berumur 40 tahun ke? Arghh! Yang itu, suka hati mak dia lah. Tapi, yang penting sekarang ni, cun giler ar perempuan tadi!!
            Hasif Harraz berjalan semula ke ruang tamu sambil otaknya ligat berfungsi memikirkan tentang perempuan comel itu. Dia tertanya-tanya, siapakah gerangannya perempuan tadi? Fikirannya benar-benar terganggu dengan wajah comel yang dilihatnya sebentar tadi.
            Jangan-jangan tadi tu hantu tak? Takkan hantu cantik sangat kot? Siang-siang mana ada hantu! Tak mungkinlah! Tapi, perempuan tadi tu memang comel giler! Jangan-jangan orang gaji? Mustahil la pulak kalau perempuan cantik macam tu jadi orang gaji. Ala.. biarlah dia. Menyakitkan kepala otak aku aje nak memikirkan perempuan tu.
            Apabila Hasif Harraz tiba semula di ruang tamu, semuanya sedang rancak bersembang. Hasif Harraz kembali ke tempat duduknya semula di sebelah Lisa. Kepalanya masih tidak henti daripada memikirkan tentang perempuan comel itu.
            “Jemputlah minum..” Lembut suara yang menuturkan kata-kata itu.
            Hasif Harraz kembali ke alam nyata. Wajahnya diangkat agar dapat melihat tuan empunya suara itu. Terpana dia melihat seseorang yang berada di hadapannya. Dia benar-benar terkejut.
            Eh.. ini kan perempuan yang tadi tu? Siap tuangkan air lagi? Takkan betul dia ni orang gaji cantik dalam rumah ni kot? Tapi kalau orang gaji, mana mampu nak pakai baju mahal-mahal macam tu. Siap pakai tudung jenis bawal yang bergred nombor satu lagi. Biasanya, amah tak macam ni.
            Perempuan comel itu masih lagi berdiri di sebelah sofa yang menempatkan Pn. Mardhiah di situ.
            Sambil memikirkan sebarang kemungkinan mengenai perempuan itu, tekak Hasif Harraz mula terasa haus. Dia mula meminum air yang disediakan oleh perempuan comel tadi.
            “Arraz.. inilah Humayra. Ingat lagi tak?” ujar Datin Intan sambil tersenyum.
            Dengan tidak semena-mena, tersembur air dari mulut Hasif Harraz. Tepat mengenai kek coklat yang terhidang di atas meja tersebut. Tersedak-sedak dia. Lisa mengurut perlahan belakang abangnya.
            “Aik bang.. terkejut ke tengok Kak Mayra? Cantik kan Kak Mayra sekarang?” bisik Lisa sambil ketawa.
            “Ya ALLAH Arraz! Apa kena dengan Arraz ni? Gelojoh sangat. Cuba minum tu perlahan-lahan,” tegur Datin Intan. Malu dengan perangai anak bujangnya itu. En. Iskandar dan Pn. Mardhiah hanya tersenyum. Namun, sebaliknya bagi Humayra.
‘Minum air pun sampai tersembur-sembur. Macam budak kecik. Itulah padahnya. Lain kali nak minum atau makan, baca Bismillahirrahmanirrahim dulu. Ini tak. Main langgar aje. Ee.. macam ni ke bakal suami aku?’ bisik Humayra di dalam hati.
            “Err.. Arraz minta maaf.”
            Dia masih terkejut dengan apa yang dikatakan oleh mamanya tadi. Perempuan comel tu Humayra? Biar betul?? Macam mana boleh berubah drastik macam ni? Masuk Biggest Loser ke? Tak pun dia pergi Slim World or London Management. Berubah habislah dia ni! Maknanya, dia inilah bakal jadi wife aku?
            Hasif Harraz berfikir sejenak. Matanya merenung tajam ke arah Humayra yang sedang bersembang dengan keluarganya itu. Kau ingat, bila kau dah cantik macam ni, aku akan lupakan apa yang kau dah buat dekat aku sepuluh tahun dulu? Jangan harap Humayra! Dendam aku terhadap kau takkan pernah berubah. Kau tunggulah nanti!

1 comment: